Tuesday, September 17, 2013

Perkara-perkara yang menjengkelkan apabila menguruskan sesuatu

Salam semua..

Pernahkah anda menghadapi perkara-perkara yang menjengkelkan dalam menguruskan sesuatu? Saya menghadapi perkara yang menjengkelkan dalam menguruskan satu lawatan ke Langkawi awal November ini. Perkara yang menjengkelkan ini bukanlah satu perkara sebenarnya. Lebih kepada seseorang yang begitu menjengkelkan hati.

Persatuan ibu-ibu di pejabat kami mengadakan satu lawatan ke Langkawi pada cuti Deepavali ini. Tugas-tugas mengiklankan dan mengkhabarkan lawatan ini kepada semua ahli persatuan adalah menjadi tanggungjawab saya. Cuma yang kurang enaknya apabila terdapat ahli-ahli persatuan yang seperti bermain tarik tali dengan saya sama ada mahu mengikuti lawatan tersebut atau tidak. Ahli tersebut merupakan seorang ahli lama yang saya  rasa sudah cukup makan garam atau gula dan sudah lali dengan segala proses perjalanan lawatan. Namun ianya cukup menjengkelkan apabila ahli tersebut masih bermain tarik tali dengan saya sedangkan masih ramai lagi ahli-ahli lain yang ingin menyertai lawatan ini. Sudah dinyatakan bahawa tempat duduk terhad di mana terma 'First Come First Serve' telah diwar-warkan. Seolah-olah ahli tersebut ingin saya atau ahli-ahli lain merayu-rayu kepadanya supaya marilah pergi bersama jikalau anda tiada lawatan ini tidak bererti. Jengkel bukan? Saya terasa seperti ingin menyiku manusia tersebut.

Saya boleh sahaja tidak menghiraukan beliau dan terus sahaja mengambil nama-nama lain yang begitu bersungguh-sungguh hendak pergi. Tetapi saya tidak mahu apabila habis lawatan tersebut akan timbul perkara-perkara dan percakapan-percakapan tidak elok yang menyakitkan hati.  

Jika perkara ini berlaku kepada anda, apakah tindakan anda? 


Monday, September 16, 2013

dh ade penunggu lom ni?? kikiki

ahahahahhaa lama gila tak update blog.. mls la.. i got the time but no mood to update.. cane tu?? hohoho

smlm 16/9/2013 (hari Malaysia)  i baca a book by  Bahruddin Bekri - diari mat despatch.. lol sgt kelako.. bahasa melayu tinggi dia guna.. 

well this is my first entry in 2013.. and the year is coming to it's end in 3 months++.. no resolutions so no result.. 

ada byk cerita but don't know where to start..

saya fikir saya mahu memasukkan entri ke dalam blog ini tiap-tiap hari.. buku Diari Mat Despatch telah memberi saya inspirasi untuk azam ini.. azam hujung tahun 2013.. semoga saya berjaya mencapai impian ini.. saya juga berazam untuk menulis dalam Bahasa Melayu sepenuhnya.. tiada kata-kata pendek atau 'shortforms' akan digunakan.. 

sekian

17.9.2013
jam0926


berusaha!!!